Wednesday, February 17, 2010

Bas Panorama


Salam 1 Malaysia

Untuk makluman semua staf, bas Panorama telah memulakan perkhidmatan memasuki kampus induk UTeM mulai kelmarin bagi memudahkan urusan perjalanan staf dan pelajar ke kawasan sekitar serta orang awam bagi membuat urusan di dalam kampus UTeM.

Bas tersebut memulakan perjalanan dari Melaka Sentral mulai jam 6.30 pagi akan melalui Peringgit, Kolej Jururawat, Pejabat Pos Besar Melaka, Perpustakaan Negeri, Bukit Baru, Akademi Kastam, MBMB, Jusco, Hospital Pantai, Jabatan Pelajaran Negeri, Bukit Beruang, MITC, Pusat Bowling, Taman Tasik Utama, Taman Buaya, UTeM, Mini Malaysia, Zoo Melaka, Kota Cemerlang, Melaka Mall, Bukit Sebukor, Padang Jambu, Manipal College, Peringgit, Hospital Besar Melaka dan kembali semula ke Melaka Sentral. Bas tersebut dijangka akan melalui UTeM pada jam 7.33 pagi, 9.33pagi, 11.33 pagi, 3.33 petang, 5.33 petang dan 7.33 malam. Tambang bagi setiap perjalanan adalah RM1.50 sahaja.

Buat permulaan perkhidmatan bas panorama ke UTeM ini hanya akan di adakan dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja.